PRN Melaka: 2 calon doktor PN berjaya cipta kejutan

0
281
Dua calon PN yang berjaya menyumbang kerusi dalam PRN Melaka.

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila dua calonnya Dr Mohd Yadzil Yaakub dan Dr Mohd Aleef Yusof masing-masing menang di kerusi Bemban dan Sungai Udang.

Dr Mohd Yadzil berjaya memperoleh 4,211 undi sekali gus mengetepikan penyandang kerusi DUN Bemban dari Pakatan Harapan (PH), Tey Kok Kiew yang hanya mendapat 3,095 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Koh Chin Han yang memperoleh 3,883 undi.

Dalam pada itu, Dr Mohd Aleef berjaya membuat kejutan dengan memenangi DUN Sungai Udang dengan majoriti 530 undi.

Beliau berjaya menewaskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang juga calon BN untuk kerusi itu.

Dr Mohd Aleef mendapat sebanyak 6,789 undi manakala Mohamad Ali mendapat 6,259 undi.

Sementara itu calon PH, Hasmorni Tambi hanya mendapat 2,035 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Bersatu yang mengadakan kerjasama dengan PH berjaya memenangi dua kerusi iaitu Telok Mas dan Paya Rumput.

Bagaimanapun, kedua-dua kerusi itu gagal dipertahankan.

Malah dua calon taruhannya iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tewas kepada calon BN masing-masing di DUN Tanjung Bidara dan Telok Mas.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here