PRN Melaka: 31 pusat mengundi awal dibuka esok

0
18
GAMBAR HIASAN

MELAKA – Seramai 11,557 orang pengundi terlibat dalam proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke15, esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 31 buah pusat mengundi awal dibuka di seawal 8 pagi, esok.

“Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis,” kata SPR dalam satu kenyataan.

Kata SPR lagi, sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara yang berkuatkuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.

“Di samping itu, SPR akan (turut) menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” kata kenyataan itu lagi.

Selesainproses pengundian awal, kesemua peti-peti undi itu akan disimpan di lokap-lokap balai polis.

“Kesemua kertas-kertas undi itu hanya akan dikira pada 20 Nov bermula pukul 4 petang, dan proses pengiraan hanya akan dilakukan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR.

“Urusan pengiraan itu akan disaksikan oleh ejen calon masing-masing,” kata SPR lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here