PRN Melaka: BN rampas kerusi DUN Gadek

0
127
P. Shanmugam

MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, P. Shanmugam berjaya merampas semula kerusi tersebut dengan menewaskan penyandangnya, G. Saminathan daripada Pakatan Harapan (PH) dalam keputusan tidak rasmi yang diumumkan sebentar tadi.

Shanmugam berjaya mendapat 2,987 undi dengan majoriti 536 undi.

Dalam pada itu, Saminathan hanya mampu memperoleh 2,451 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Amir Fitri Muharam mendapat 1,992 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azafen Amin dan Mohan Singh hanya berjaya mengumpul jumlah undi keseluruhan sebanyak 83 sahaja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here