PRN Melaka : Buat ujian kendiri sebelum pulang mengundi

0
2
Dr Rusdi Abdul Rahman

CYBERJAYA – Jabatan Kesihatan Melaka menasihatkan orang ramai khususnya dari luar Melaka yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini membuat ujian kendiri Covid-19 sekiranya bergejala.

Selain gesaan itu, pengundi dan orang ramai yang terlibat dalam proses pilihan raya juga dinasihatkan menjalani ujian sebelum pulang ke pangkuan keluarga bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abdul Rahman berkata, pertimbangan itu perlu kerana jika dilihat daripada prosedur operasi standard (SOP), semua orang bebas untuk merentas negeri kerana tiada lagi sekatan jalan raya.

“Begitu juga dengan individu yang tidak mengambil vaksin, risiko terhadap ahli keluarga dan masyarakat perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas mengenai kempen pilihan raya yang tetap dijalankan walaupun telah dihadkan melalui SOP yang ketat, beliau berkata, aktiviti tersebut tetap mempunyai risiko jangkitan yang amat tinggi.

Justeru, Dr. Rusdi menasihatkan ahli politik memanfaatkan sepenuhnya baki dua hari sebelum PRN dengan berkempen secara dalam talian atau menggunakan jentera siarraya bergerak.

Katanya, walaupun pihaknya mendengar keluh kesah daripada pemimpin parti mengenai SOP berkempen yang ketat, beliau berharap tiada pihak yang melanggar peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here