PRN Melaka: DAP berkeras tolak empat ADUN jadi calon PH, Anwar kata dua daripada UMNO masih dipertimbangkan

0
82

Empat ADUN yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka baru-baru ini

CYBERJAYA – Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sebulat suara menolak kesemua empat ADUN Melaka yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka untuk dicalonkan sebagai calon PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat CEC yang diadakan semalam namun Presiden PKR Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan bahawa dua daripada empat ADUN daripada UMNO masih dipertimbangkan.

Guan Eng berkata, perkara itu jelas bahawa DAP hanya berjaya meyakinkan sekutu dalam PH untuk menolak hanya dua daripada empat ADUN tersebut sebagai calon PH dalam pilihan raya negeri Melaka, manakala dua masih dipertimbangkan. 

“DAP terus konsisten dalam mempertahankan prinsip, cita-cita dan integriti kami bahawa PH perlu menjauhkan diri daripada golongan “kleptokrat, oportunis dan penyangak” untuk mengekalkan dan tidak kehilangan ketinggian nilai moral.

“Apa yang dikatakan adalah bagi mencapai kemenangan di Melaka, kita perlu secara taktikal bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, matlamat itu tidak membenarkan cara, terutamanya apabila komitmen mereka terhadap reformasi tulen politik yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara diragui.

“Malangnya, DAP sebelum ini telah kalah undian dalam PH oleh PKR dan Amanah, dan terpaksa akur dengan keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan pakatan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa keputusan majoriti yang dibuat sebelum ini adalah betul,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Guan Eng, DAP berharap kewarasan akan tertegak dalam PH dan menggesa sekutu dalam gabungan itu supaya memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan politik oportunis semata-mata.

“PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan ketinggian nilai moral dengan membenarkan dua daripada empat ADUN berkenaan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan pada PRN Melaka,” katanya.

_____

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here