PRN Melaka : DUN Lendu N.04 ditandingi 3 penjuru

0
49
Suasana di pusat penamaan calon N.04 Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah, Melaka.

MASJID TANAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan tiga calon yanh akan bertanding di kerusi Lendu N.04 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini iaitu dari Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pengumuman oleh Pengurus Pilihanraya Dun Lendu, Haidir Haron di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Kompleks Japerun Lendu, di Masjid Tanah itu diumumkan selepas berakhirnya tempoh bantahan kira-kira pukul 10.45 pagi.

Calon-calon bagi kerusi N.04 akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Mejar Abdullah Mahadi dari PN (Bersatu), Mohamad Asri Ibrahim dari PH (PKR) dan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang dicalonkan semula mewakili BN.

Kerusi DUN Lendu sebahagian daripada kawasan parlimen Masjid Tanah, dengan 10,350 pengundi berdaftar (berdasarkan data PRU14).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, Sulaiman memenangi kerusi itu dengan majoriti 627 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Sulaiman hilang majoriti pada awal bulan ini selepas gerakan empat ADUN iaitu Idris, Nor Azman, Norhizam dan Noor Effandi untuk keluar dari blok kerajaan susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya, sekali gus menyebabkan DUN Melaka terbubar bagi memberi laluan kepada PRN.

Calon BN bagi kerusi N.04 Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba di Pusat Penamaan Calon bagi (N04) Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di Masjid Tanah, Melaka.
Calon PN bagi kerusi N.04 Mejar Abdullah Mahadi tiba di Pusat Penamaan Calon bagi (N04) Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di Masjid Tanah, Melaka.
Calon PH bagi kerusi N.04 Mohamad Asri Ibrahim tiba di Pusat Penamaan Calon bagi (N04) Lendu di Dewan Kompleks Japerun Lendu, di Masjid Tanah, Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here