PRN Melaka: Lebih 70 peratus pengundi BN keluar mengundi

0
41
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meninjau petugas jentera BN melakukan gerak kerja

MELAKA – Lebih 70 peratus pengundi putih yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah keluar mengundi di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tumpuan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peratusan yang tinggi itu adalah hasil kerja keras jentera BN tempatan dengan bantuan jentera angkat daripada negeri-negeri lain.

“Alhamdulillah setakat pukul 2 petang tadi sudah hampir 70 peratus pengundi putih penyokong BN telah keluar mengundi di 20 DUN tumpuan.

“Terima kasih kepada jentera BN tempatan dengan bantuan jentera angkat daripada negeri-negeri luar yang kerja kuat memastikan semua pengundi-pengundi BN keluar. Moga Allah memberikan kemenangan kepada kita semua untuk BN membentuk kerajaan Melaka,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam Pusat penyelidikan bebas, Ilham Centre meramalkan BN sedang mendahului parti lain dalam PRN Melaka.

Menurutnya, BN mempunyai 11 kawasan yang sangat selesa untuk dimenangi iaitu Ayer Limau, Serkam, Taboh Naning, Ayer Molek, Sungai Rambai, Sungai Udang, Lendu, Kuala Linggi, Telok Mas, Merlimau dan Rim.

Manakala 10 kawasan lain menunjukkan persaingan sengit antara semua calon bertanding.

Setiap gabungan parti yang bertanding dalam PRN tersebut memerlukan 15 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here