PRN Melaka: Pas tolak UMNO, pilih kerjasama dengan Bersatu dalam PN

0
399
Gambar Hiasan-Bendera Pas

CYBERJAYA – Pas memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung Pas Pusat, sebentar tadi.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini memutuskan hanya akan bekerjasama dengan Pas sekali gus menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN berkenaan.

Pendirian terkini yang diambil oleh Pas itu bakal memungkinkan berlakunya pertembungan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), PN dan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here