PRN Melaka: Pejuang nafi letak calon proksi

0
40
Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan yang mengaitkan partinya dengan calon-calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai proksinya.

Dr. Mahathir berkata demikian melalui kenyataan di blognya selepas dimaklumkan ada calon yang bertanding mengaitkan parti dan dirinya.

Bahkan bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak menyokong mana-mana calon bebas dalam pilihan raya pada 20 November nanti.

“Sebelum ini sudah umum kami tidak akan turut serta pada PRN Melaka, bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan Pejuang dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon Bebas.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa calon pada PRN kali ini, jauh sekali meletak calon proksi,” katanya.

Justeru, Dr Mahathir berharap dengan penjelasan itu tiada lagi sesiapa yang akan cuba kaitkan dirinya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding.

Pada PRN Melaka, seramai 22 calon Bebas tampil mempertaruhkan nasib mereka untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ditandingi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here