PRN Melaka: Pengundi positif Covid-19 dibenarkan mengundi esok – SPR

0
52
SPR

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan mana-mana individu yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka eeok.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, mereka akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan.

“Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut manakala individu yang diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

“Individu yang bergejala yang sedang dalam rawatan yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah, untuk keluar sementara ke Pusat Mengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pada hari mengundi, semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka separuh, melalui proses saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal.

“Pensanitasi tangan akan dibekalkan di semua pusat mengundi pada hari mengundi kelak.

“Pengundi perlu melalui penggunaan pensanitasi tangan di empat stesen dalam pusat mengundi iaitu di pintu masuk pusat mengundi, di pintu masuk saluran, di dalam saluran (selepas proses mencelup jari dengan dakwat kekal iaitu sebelum menerima kertas undi) dan sebelum keluar dari pusat mengundi.

“Petugas pilihan raya akan memantau pergerakan pengundi bagi memastikan garis panduan ini dipatuhi sepanjang berada dalam pusat mengundi,” katanya.

Sebanyak 217 Pusat Mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka esok bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Seramai 12,290 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian esok manakala seramai 476,037 orang pengundi bakal mengundi dalam PRN Melaka esok.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here