Produk jenama Turki harga marhaen di Malakat Mall dan Malakat Grocer

0
43
Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco sedang memuktamadkan perjanjian untuk membawa masuk produk dan jenama Turki bertaraf dunia ke Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, walaupun produk tersebut berjenama dan bertaraf dunia, harganya adalah ‘marhaen’ untuk rakyat Malaysia.

“Malakat Constantinople adalah pasaran yang memasarkan produk Muslim dari Malaysia dan Turki.

“Kami sedang ‘finalise deal’ untuk bawa masuk produk-produk dan jenama Turki yang berkelas dunia tetapi harga marhaen ke dalam Malakat Mall dan Malakat Grocer,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil kini berada dalam kunjungan Koridor Industri Halal Malaysia-Turki di Istanbul.

Sebelum ini, Mohd Fadzil i menawarkan peluang kepada pemilik dan pembekal produk di Malakat Grocer untuk melebarkan pasaran produk ke Eropah.

Berita baik yang diumumkan dari Turki itu ditujukan khas kepada semua usahawan Malakat Grocer.

Mohd Fadzil berkata, tawaran itu diperolehi beliau melalui peluang promosi khas di Ekspo Halal Istanbul yang akan diadakan tidak lama lagi.

Melalui peluang itu, para usahawan berpotensi meluaskan pasaran produk halal mereka melalui Turki sebagai ‘gerbang’ produk halal ke Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here