Proses undi awal berjalan lancar di Kem Terendak

0
6
Anggotan tentera beratur menunggu giliran untuk mengundi awal di SK Terendak 2 hari ini

MELAKA- Proses pengundian awal di Kem Terendak berjalan dengan lancar dengan dipantau ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada pagi ini, seramai 8,612 pegawai dan anggota tentera serta pasangan di Kem Terendak mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pusat mengundi yang dibuka di Kem Terendak ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Terendak 1, SK Terendak 2 dan juga Dewan Borhan.

Proses pengundian setakat ini berjalan lancar dengan pengundi awal beratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial sebelum berdaftar di khemah saluran disediakan.

Semalam, SPR memaklumkan seramai 11,557 pengundi akan mengundi awal pada hari ini.

Jumlah berkenaan melibatkan 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis di Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here