Rafiq letak jawatan sebagai Pengerusi PN Melaka, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka

0
109
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

CYBERJAYA – Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuatkuasa serta merta.

Beliau mengesahkan peletakan jawatan itu menerusi satu kenyataan hari ini.

“Saya ingin memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai surat rasmi peletakan jawatan saya akan diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu dan Pengerusi PN esok.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Mohd Rafiq tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 6,052 undi.

Mohd Rafiq hanya meraih 3,979 undi di DUN Telok Mas yang mana kerusi itu disandang oleh calon Bersatu dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15.

Katanya, ia juga bagi membolehkan segala fokus dapat berikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden Bersatu.

“Saya berharap dan berdoa agar rakyat Melaka dan rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan moga-moga PN akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU-15 yang bakal tiba nanti,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here