Rampasan dadah di Melaka meningkat

0
78
Abdul Majid Mohd Ali (tengah) mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini.

Polis Melaka berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM13.16 juta dalam tempoh awal tahun ini hingga kelmarin.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan itu meningkat 27 peratus berbanding RM487,283.35 nilai dadah yang dirampas sepanjang tahun lepas.

Katanya, dalam tempoh bermula Jan hingga 22 Nov lalu, seramai 1,794 orang penagih dadah ditahan berbanding 1,426 orang pada tahun lalu sekali gus menyaksikan peningkatan 26 peratus.

“Pihak polis telah ubah cara pendekatan untuk tangani dadah di Melaka dengan kita oergi sehingga ke peringkat akat umbi untuk meningkatkan risikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini hari ini.

Beliau berkata, peningkatan rampasan dadah di Melaka bukan bermaksud aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah tidak dapat dikawal.

“Ia sebaliknya menunjukkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan dalam usaha membanteras aktiviti tersebut,” katanya.

“Ini merupakan kejayaan yang amat cemerlang bagi kita untuk tangani dadah dengan strategi yang digunakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN),” katanya.

Sementara itu, Abdul Majid berkata, Polis Melaka berjaya mematahkan sindiket edar dadah selepas merampas 40 kilogram syabu bernilai RM1.44 juta dalam serbuan di sebuah inap desa di Pantai Puteri di sini, pada 18 November lalu.

dalam serbuan itu polis memberkas seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 39 tahun dipercayai merupakan keldai dadah bagi sindiket ‘Abang 888.’

Menurutnya, rampasan dadah yang dibungkus dalam plastik bungkusan teh herba dipercayai dari sindiket sama sebelum ini yang menjadikan Melaka sebagai transit dari negeri berdekatan untuk diedarkan ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here