Rebut peluang niaga di Malakat Food Hall @ Mitsui

0
66
Pusat beli-belah Mitsui Outlet Park di Sepang yang menempatkan pelbagai outlet jualan produk berjenama antarabangsa.

CYBERJAYA – Usahawan makanan termasuk golongan peniaga kecil yang mempunyai produk dan menu-menu menarik dipelawa merebut peluang berniaga di medan selera Mitsui Outlet Park Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurus Pembangunan Perniagaan Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria berkata, peluang itu ditawarkan melalui pengambil alihan pengurusan medan selera berkenaan oleh Kumpulan Malakat Eco yang bakal menjadi satu lagi platform membantu usahawan mendapatkan tempat perniagaan pada harga terbaik.

“Secara keseluruhannya, kami mempunyai 10 buah kiosk di medan selera di Mitsui ini yang mana sebahagiannya akan diisi oleh jenama-jenama outlet makanan dan minuman (F&B) milik Kumpulan Malakat Eco seperti Bunch-Oh.

“Pada masa ini kami mencari produk dan menu-menu menarik untuk ditempatkan di sana,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Noor Herdawaty Zakaria

Noor Herdawaty berkata, Malakat Food Hall @ Mitsui kini masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap untuk beroperasi pada Disember tahun ini.

Katanya, bersandarkan kekuatan Mitsui sebagai pusat beli-belah yang popular dalam kalangan pelanggan di Lembah Klang, pihaknya yakin setiap outlet di situ mampu menjana keuntungan yang baik.

Tambah beliau, tawaran itu merupakan peluang terbaik untuk peniaga sama ada yang baharu menceburi bidang perniagaan dan yang mahu bangkit semula daripada kesan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, memandang ruang niaga yang agak terhad, pihaknya akan melakukan penilaian produk, persembahan jenama dan juga latar belakang syarikat.

Mereka yang berminat untuk merebut peluang keemasan ini boleh menghubungi Puan Herda di talian 012-627 1146 atau memohon di sini https://bit.ly/mitsuifoodcourt

Outlet F&B popular milik Kumpulan Malakat Eco, Bunch-Oh yang akan berada di Mitsui Outlet Park, Sepang tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here