Restoran jual ikan siakap ‘viral’ diarahkan buktikan harga dijual munasabah – KPDNHEP

0
1023
KPDNHEP melakukan pemeriksaan di sebuah restoran yang tular kerana didakwa menjual hidangan ikan siakap tidak masuk akal. Kredit gambar media sosial

LANGKAWI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati peniaga yang tular di pusat pelancongan terkenal di sini kerana didakwa menjual hida­ngan ikan siakap tidak masuk akan tidak melanggar syarat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, hasil siasatan awal mendapati peniaga tersebut telah mempamerkan harga bagi setiap menunya dengan jelas.

“Walau bagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit

“Notis tersebut meminta peniaga untuk melampirkan dokumen sebagai bukti harga yang diletakkan oleh peniaga tersebut adalah munasabah,” katanya memetik laporan Kosmo!.

Selain itu, kata beliau, pihak­nya tidak boleh menetapkan harga bagi peniaga terbabit kerana barangan jualannya tidak tersenarai sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 atau Skim Harga Maksimum Musim Pera­yaan.

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Rafar, pihaknya setakat ini hanya menerima satu aduan berkenaan perkara tersebut.

Katanya, aduan itu adalah da­ripada orang awam yang men­getahui perkara tersebut daripada media sosial dan bukan daripada pelanggan itu sendiri.

Justeru, beliau meminta pe­langgan terlibat untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP jika berasa ditipu oleh peniaga berkenaan

“Aduan daripada pelanggan adalah penting bagi mendapatkan keterangan lanjut untuk memastikan siasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here