Rezeki cabutan bertuah jadi pembakar semangat

0
71
Mohd Haziq bersama basikal BMX Kuwahara berharga RM3,500 yang dimenanginya, hari ini.

CYBERJAYA – Seorang penggiat BMX dari Pekan, Pahang berjaya merangkul hadiah utama cabutan bertuah Cybertron BMX Fest, hari ini.

Kata Mohd Haziq Hanas, hadiah yang dimenangi itu mampu menaikkan lagi semangatnya untuk bergiat dengan lebih serius dalam hobinya itu

“Sebenarnya, saya agak baharu dalam hobi ini, baru 2 tahun.

“Hadiah ini satu pembakar semangat buat saya bergiat dengan lebih serius,” kata Mohd. Haziq yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah tersebut, siang tadi.

Mohd. Haziq,25, berjaya membawa pulang sebuah basikal BMX Kuwahara bernilai RM3,500.

Anak muda berusia 25 tahun itu menambah, beliau mula menceburi hobi ini setelah diperkenalkan oleh rakan-rakannya di Pekan, Pahang.

“Mula-mula hanya ingin mencuba, tetapi lama-kelamaan hobi ini mula menjadi rutin harian,” kata Mohd. Haziq.

Buat masa ini, beliau menggunakan waktu lapang selepas waktu kerjanya untuk berlatih mengasah kemahirannya dalam acara flatland.

Flatland merupakan disiplin di mana penunggang BMX melakukan pelbagai aksi bersama basikal mereka. Disiplin ini mengutamakan kemahiran tinggi dalam pengimbangan badan si penunggang dalam mengawal basikal mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here