[VIDEO] Ribuan peminat BMX berkampung di Malakat Mall

0
121


haha Kombat (kiri) melihat koleksi basikal BMX yang menyertai pertandingan show bike sempena Cybertron BMX Jam di Malakat Mall, Cyberjaya

CYBERJAYA- Ribuan peminat BMX ‘berkampung’ di Malakat Mall hari ini sempena penganjuran Cybertron BMX Jam yang diadakan selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

Penganjur Cybertron BMX Jam, Kombat berkata, sambutan hangat peminat BMX dari seluruh negara juga menyaksikan semua ‘goodies bag’ habis terjual dalam masa singkat.

Ribuan peminat BMX ‘berkampung’ di Malakat Mall

Beliu berkata, goodies bag habis terjual kerana ramai peminat BMX yang datang ingin menyertai acara-acara yang diadakan sempena penganjuran Cybertron BMX Jam kali ini.

“Tarikan utama dalam acara anjuran Malakat Mall itu adalalah pertandingan BMX bagi flatland dan freestyle, pertandingan basikal BMX tercantik (show bike) acara pump track untuk BMX dan kayuhan ria mengelilingi Cyberjaya.

“Pertandingan ini menawarkan hadiah-hadiah menarik…Alhamdulillah, sambutan hari pertama hari ini sangat liar biasa, terima kasih kepada semua yang datang dan menjayakan Cybertron BMX Jam ini.

Koleksi BMX di pertandingan show bike

“Melihat kepada sambutan hangat ini, tidak mustahil kita akan anjurkan Cybertron BMX Jam 2.0 selepas ini, Malakat Mall pun sudah bagi ‘green light’ jadi kita tunggu selepas ini,” katanya kepada Malakat Tribune.

Terdahulu hari ini, Cybertron BMX Jam itu dirasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Penghuna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Hadir sama Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor.

Kombat yang merupakan pengasas dan gitaris kumpulan The Pilgrims itu berkata, antara yang menarik pada hari ini ialah pertandingan  flatland, freestyle BMX dan show bike (survivor dan basikal cantik).

“Untuk show bike hari ini antara kelainannya ialah kita menerima penyertaan daripada peserta yang memilik basikal Kuwahara E.T edisi 1980 yang masih mengekalkan ‘part’ original dan ada sijil ‘lahir’,” katanya.

Menurut Kombat, Cybertron BMX Jam juga akan dimeriahkan dengan fun-ride yang memberi peluang kepada peminat semua jenis basikal untuk berkayuh di sekitar Cyberjaya esok.

Ceramah Cegah Jenayah turut diadakan sempena Cybertron BMX Jam di Malakat Mall, Cyberjaya

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan bersempena program berkenaan seperti Malakat Food Street, busking, ceramah cegah jenayah dan juga gerai jualan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here