Rusia beri kelulusan kepada Pfizer laksanakan ujian ubat rawat Covid-19

0
10

MOSCOW – Badan kawalselia perubatan Rusia dilaporkan telah memberi kebenaran kepada firma farmaseutikal Pfizer untuk melaksanakan ujian klinikal terhadap satu ubat baharu bagi merawat Covid-19.

Ubat yang dijenamakan sebagai Paxlovid itu mampu mengurangkan kadar hospitalisasi dan kematian dalam kalangan penghidap Covid-19 dewasa sehingga 89 peratus.

Ujian itu sedang dilaksanakan ke atas 90 sukarelawan yang tinggal bersama penghidap Covid-19 yang bersimptom dalam suasana tempat tinggal, kata Reuters.

Bermula 12 Nov lalu, ujian itu akan dilaksanakan sehingga Mac 2023.

Sekiranya ujian tersebut berjaya menunjukkan keberkesanan, Pfizer berharap dapat memasarkan Paxlovid ke seluruh dunia secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here