Saringan Covid-19 murid sekolah dibuat setiap minggu, libatkan 10 peratus sampel

0
22
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran bagi murid sekolah susulan saranan daripada Kementerian Kesihatan.

Menurut Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, justeru KPM telah membekalkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan ini dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“KPM akan mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan saringan bergilir Covid-19 untuk murid sekolah rendah yang perlu dilaksanakan pada setiap Rabu, pada hari persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin memaklumkan bahawa saringan bergilir Covid-19 bagi murid sekolah rendah.

Dalam pada itu, Radzi berkata, KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM.

Katanya, KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here