Selepas kalah di Melaka, Anwar minta MKN pinda SOP ketat PRN

0
88
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminda prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya negeri (PRN) yang ketat.

Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang berkata, SOP yang ketat itu telah mengekang kebebasan calon untuk bergerak.

Beliau berkata, perubahan terhadap SOP itu juga perlu disegerakan agar ia boleh diguna pakai dalam PRN Sarawak.

“SOP ini ditetapkan MKN dan kemudian diikuti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi daripada pengalaman saya sendiri (dalam PRN Melaka), SOP ini banyak mengekang kebebasan calon.

“Sepatutnya dalam pilihan raya, kesempatan diberikan kepada calon untuk memberikan pencerahan dan penerangan.

“Tetapi kalau penerangan tidak dapat disampaikan dan mereka tidak dapat bertemu pengundi maka akan ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 peringkat jawatankuasa mesyuarat di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

DI PRN Melaka, SPR melarang calon bertanding dan jentera parti menjalankan sebarang aktiviti kempen secara bersemuka, sama ada berhimpun, ceramah, ziarah dari rumah ke rumah dan tinjauan mesra.

Sehubungan itu, Anwar merangkap Ahli Parlimen Port Dickson meminta pertimbangan MKN untuk mengubah SOP ketat berkenaan.

“Ia agar pilihan penyampaian maklumat kepada pengundi sesuai dengan semangat demokratik,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here