Selepas menang PRN Melaka, Najib desak i-Citra RM10,000 diluluskan

0
365
Tangkap layar daripada laman Facebook Datuk Seri Najib Razak berhubung desakan pengeluaran i-Citra RM10,000.

CYBERJAYA – Sehari selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Melaka (PRN), Datuk Seri Najib Tun Razak kembali mendesak supaya pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan dikeluarkan oleh kerajaan.

Dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya, bekas Perdana Menteri itu menggesa supaya Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz segera mempertimbangkannya segera.

“Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra secepat mungkin,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut memberi cadangan kepada Menteri Kewangan untuk menjual hartanah yang mahu diberikannya kepadanya sekiranya ia bernilai RM100 juta dan dimasukkan ke dalam satu tabung khas.

“Tabung itu boleh digunakan untuk memberikan pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5,000 ke RM10,000 sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP itu.

“RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here