Selepas tular menu sotong, ikan siakap mahal kini giliran sayur kailan ikan masin pula buat hal

0
163
Harga hidangan sayur kailan ikan masin berharga RM18 sebungkus yang dikongsi oleh seorang pengguna hari ini

CYBERJAYA – Selepas tular harga masakan sotong dan ikan siakap yang disifatkan ‘tidak masuk akal’, kini tular pula harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin berharga RM18.

Dalam satu hantaran yang tular dalam media sosial Facebook hari ini, seorang pelanggan menyertakan sekali resit bayaran beserta gambar menu berkenaan  yang didakwa dibeli di sebuah restoran di Kepala Batas, dekat sini.

“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” katanya seperti dipetik menerusi laman Facebook hari ini. 

Harga hidangan sayur kailan ikan masin berharga RM18 sebungkus yang dikongsi oleh seorang pengguna hari ini

Bagaimanapun nama restoran itu tidak didedahkan menerusi catatan pada laman Facebook itu. 

Berdasarkan bil yang turut dimuat naik, pelanggan berkenaan turut membeli lauk ikan jenahak berharga RM90; sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan jumlah bil keseluruhan RM122.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here