Senarai penuh Exco baharu Melaka diumumkan

0
103
Sulaiman Md Ali

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebentar tadi berkongsi senarai penuh Exco yang akan mengisi senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baharu.

“Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia. Inilah barisan kita yang akan mengisi senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baharu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Menurut senarai yang diperkenan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Sulaiman dilantik memegang portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan manakala Datuk Rahmad Mariman yang sebelum ini Exco Kesihatan dan Anti Dadah, dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

Sementara itu, lapan muka baharu dilantik sebagai Exco kerajaan negeri kali ini termasuk Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang sebelum ini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.


Berikut adalah senarai calon-calon Exco Negeri Melaka yang baharu;

Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali
Jawatankuasa Negeri Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan

Datuk Muhammad Jailani Khamis
Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan

Datuk Rahmad Mariman
Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir

Datuk Zaidi Attan
Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar

Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
Jawatankuasa Negeri Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani

V P Shanmugam
Jawatankuasa Negeri Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Datuk Kalsom Noordin
Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan

Dr Muhamad Akmal Saleh
Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Antidadah

Datuk Rais Yasin
Jawatankuasa Negeri Pendidikan dan Teknologi

Ngwe Hee Sem
Jawatankuasa Negeri Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here