Serangan bom bunuh diri gegarkan Kabul

0
28
Pihak keselamatan mengawal laluan ke masuk ke Hospital Sardar Daud.

KABUL – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 34 lagi tercedera dalam insiden serangan bom bunuh diri di Kabul, hari ini.

Portal Yenisafak yang memetik sumber Taliban berkata, kejadian itu berlaku di pintu masuk Hospital Sardar Daud di daerah Wazir Akbar Khan.

“Kejadian itu berlaku di pintu masuk hospital.

“Sejurus letupan, sekumpulan lelaki bersenjata meluru masuk ke pekarangan hospital dan melepaskan tembakan,” kata seorang jurucakap Taliban tidak dinamakan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Saeed Khosty, mengesahkan serangan bom bunuh diri itu namun enggan mengulas lanjut.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab terhadap kejadian itu, namun dipercayai serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh yang semakin kerap menyerang masjid dan lokasi strategik lain setelah Taliban menguasai Afghanistan sejak pertengahan Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here