Sertai Cybertron BMX Jam pada hujung minggu ini di Malakat Mall

0
25
Pelbagai tarikan menarik sempena penganjuran Cybertron BMX Jam pada hujung minggu ini di Malakat Mall, Cyberjaya

CYBERJAYA – Orang ramai berpeluang untuk menyertai program santai bersama keluarga di Malakat Mall menerusi program Cybertron BMX Jam yang bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam.

Pengarah Projek Cybertron BMX Jam, Noor Herdawaty Zakaria berkata, program berkenaan merupakan himpunan ribuan peminat sukan basikal BMX dari seluruh pelusuk tanah air.

Noor Herdawaty berkata, walapun fokus utama program Cybertron BMX Jam adalah kepada peminat basikal BMX, pihak penganjur turut menyediakan pelabagai acara sampingan lain.

Noor Herdawaty Zakaria

“Cybertron BMX Jam ini mungkin fokus utama kepada kaum lelaki ataupun bapa dan jika mereka datang bersama keluarga, kita ada pelbagai lagi acara menarik sebagai sampingan.

“Kita ada pelbagai aktiviti permainan untuk kanak-kanak selain zoo mini dan juga aktiviti menunggang kuda padi. Pasti menyeronokkan untuk mengisi masa bersama keluarga pada hujung minggu,” katanya.

Selain itu katanya, sempena Cybertron BMX Jam juga, pihak penganjur akan menyediakan ruang jualan di ruang legar Malakat Mall yang menjual pelbagai barangan menarik.

“Selain itu, untuk makanan pula kita ada Malakat Food Street dan juga Food Truck. Pastinya menarik kerana pelabagai pilihan makanan akan dijual pada dua hari peganjuran Cybertron BMX Jam,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya masih membuka pendaftaran dan jualan untuk orang ramai mendapatkan ‘goodies bag’ Cybertron BMX Jam yang berharga RM70.

Katanya, dengan pembelian goodies bag, orang ramai berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah berupa basikal BMX Kuwahara yang bernilai lebih RM5,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here