Sudan: 12 menteri kabinet letak jawatan

0
37
Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah Abdelrahman al-Burhan

KHARTOUM – Dua belas menteri kabinet Sudan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian antara Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dengan pihak tentera yang merampas kuasa pada 25 Oktober lalu.

Portal Al Jazeera menyebut, Abdalla yang digulingkan dalam rampasan kuasa itu, namun kembali memegang jawatan itu sejak Ahad, dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah Abdelrahman al-Burhan bagi menamatkan krisis politik yang melanda negara itu.

Abdalla yang kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sejak Ahad, sudah menandatangani satu perjanjian dengan Jeneral Abdel Fattah .

Walaupun perjanjian itu dialu-alukan oleh komuniti dunia, penyokong pro-demokrasi di Sudan menolaknya kerana ia dianggap sebagai “cubaan mengesahkan tindakan tentera merampas kuasa”.

Para menteri yang meletak jawatan merupakan anggota kepada kerajaan peralihan pimpinan Abdalla, yang dibubarkan oleh Jeneral Abdel Fattah setelah merampas kuasa.

Antara para menteri yang meletak jawatan itu adalah Menteri Hal Ehwal Luar Negara; Menteri Keadilan; Menteri Pertanian; Menteri Pengairan; dan Menteri Pelaburan dan Tenaga.

Turut meletak jawatan adalah Menteri Pendidikan Tinggi; Menteri Buruh; Menteri Pengangkutan; Menteri Kesihatan; dan Menteri Belia dan Hal Ehwal Agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here