Sulaiman berjaya kekalkan kerusi DUN Lendu dengan majoriti lebih tinggi

0
56
Datuk Seri Sulaiman Md Ali

MELAKA – Calon Ketua Menteri Melaka dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dengan majoriti lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu.

Dalam keputusan tidak rasmi yang disiarkan, bekas Ketua Menteri Melaka itu berjaya mendapat undi sebanyak 4,486 undi dengan majoriti 3,104 undi.

Sementara itu, calon PN, Abdullah Mahadi dan calon PH, Mohamad Asri Ibrahim masing-masing mendapat sebanyak 1,382 dan 1,155 undi.

Dalam PRU lalu, Sulaiman hanya berjaya memperoleh majoriti 627 undi.

Kerusi Lendu menjadi tumpuan berikutan kemenangan tipis Sulaiman dalam PRU-14.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here