Sulaiman hanya satu-satu calon Ketua Menteri Melaka-Najib

0
52
Calon Barisan Nasional (BN) berkumpul sebelum masing-mnasing bergerak ke Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini

MASJID TANAH -Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah calon tunggal Ketua Menteri Melaka jika BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

 Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menegaskan, tidak timbul pencalonan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi DUN Tanjung Bidara, memungkinkan nama lain bakal dikemuka bagi jawatan itu.

“Tak, tak, tak… kita tentukan Sulaiman saja (sebagai ketua menteri),” katanya ditanya media ketika beliau mengiringi Ab Rauf ke pusat penamaan calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara di sini hari ini.

Sementara itu, Ab Rauf pula menegaskan penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini sebagai membawa mesej perjuangan parti, bukan untuk menentang mana-mana individu.

“Saya bukan melawan Mas Ermieyati (calon Perikatan Nasional). Saya membawa sebuah perjuangan dan menebus maruah orang UMNO di Tanjung Bidara,” katanya.

Saingan tiga penjuru bakal disaksikan bagi kerusi DUN N02.Tanjung Bidara dalam PRN Melaka kali ini, antara Ab Rauf, Mas Ermieyati serta calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here