Takiyuddin positif Covid-19

0
50
Takiyuddin Hassan

CYBERJAYA – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dijangkiti Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan secara ringkas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi di Dewan Rakyat, hari ini.

“Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena (dijangkiti) Covid-19.

“Saya dimaklumkan bahawa saya mengambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini,” kata Wan Junaidi ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada September lepas, Takiyuddin pernah menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here