Taraf hidup luar bandar banyak meningkat dalam tempoh 17 tahun

0
17
Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan usaha-usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar di negara ini telah membuahkan hasil.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara petunjuk utama yang dinilai berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia adalah peningkatan purata pendapatan sebanyak 34.5 peratus dalam tempoh 17 tahun.

Selain daripada itu katanya, petunjuk lain termasuk peluasan penggunaan Internet, peningkatan bekalan air dan elektrik di rumah yang telah meningkat.

“Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan pendapatan penduduk luar bandar daripada RM1,729 pada tahun 2002 kepada RM5,004 pada tahun 2019.

“Ini adalah bukti bahawa usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah berjaya dan berhasil meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk di luar bandar,ā€¯katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sesi Libat Urus Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama Ahli Parlimen Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KKMBBC) di Bangunan Parlimen di ibu negara hari ini.

Menurut data perangkaan itu katanya, bekalan air di rumah telah meningkat daripada 74.7 peratus pada tahun 2000 kepada 84.9 peratus pada tahun 2019.

Manakala liputan bekalan elektrik di luar bandar meningkat daripada 84.6 peratus pada tahun 2000 kepada hampir 99 peratus pada tahun 2019.

Tambah beliau, data daripada Kementerian Komuninasi dan Multimedia (KKMM) pula menyatakan, capaian internet di luar bandar adalah sebanyak 83.9 peratus.

Utuk rekod, KPLB telah diperuntukkan sejumlah RM10.53 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi tahun 2022.

Jumlah itu meliputi RM3.52 bilion peruntukan mengurus dan RM7.01 bilion peruntukan pembangunan.

Peruntukan itu adalah RM345 juta atau 3.39 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2021.

Mengenai Sesi Libat Urus KPLB bersama Ahli-ahli Parlimen, ia diadakan bagi memberi penerangan mengenai hala tuju dan perancangan pembangunan KPLB tahun 2022.

Ia merupakan salah satu inisiatif kementerian itu untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen terhadap program yang dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here