Tengku Adnan rayu rakyat Melaka keluar mengundi

0
29
Tengku Adnan ketika melawat pusat komunikasi Barisan Nasional (BN) Sempena PRN Melaka

MELAKA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merayu agar rakyat Melaka keluar mengundi pada Sabtu ni dan memilih Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan berkata, rakyat Melaka akan berdepan masalah seperti selepas PRU-14 sekiranya tidak membuat pilihan yang terbaik pada PRN kali ini.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, beliau faham sekarang ini ramai yang muak, jelak malah rasa menyampah dengan polemik politik tetapi marilah tamatkan hal ini dengan mengundi BN. 

“Cukup-cukuplah apa yang kita lalui selepas PRU-14 dulu. Ya, BN tak jadi kerajaan dan PH mendapat mandat tapi PH runtuh kerana tindakan politik mereka sendiri. 

“Bukan salah UMNO dan BN. Sebenarnya PM Ke-7 letak jawatan yang menjadikan kerajaan PH tumbang. Kemudian PN diwujudkan demi rakyat dan negara iaitu agar tak berlaku pilihan raya. 

“Waktu itu UMNO dan BN sokong PN demi rakyat juga, sebab nak elakkan pilihan raya apatah lagi Covid-19 baru menular yang juga disebabkan kegagalan PH buat kawalan dari awal. 

“ Kemudian kenapa UMNO dan BN tarik sokongan dari PN kan dah jelas yang PM-8 gagal mentadir malah nak bunuh pula UMNO yang berikan sokongan pada mereka.

“Cukuplah UMNO dan BN dipersalahkan…kami sebenarnya sering dikhianati termasuk di PRN Sabah sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Adnan, mana-mana parti termasuk PN tidak usah menjaja cerita soal ‘curi’ ahli di cawangan kerana hanya BN yang mempunyai jentera akar umbi.

“Jadi, pengundi PRN Melaka mesti keluar mengundi. Ini tanggungjawab, amanah untuk memilih pemimpin bagi mentadbir negeri. Pilihlah BN. Tak kan dah lupa apa janji-janji PH yang tak ditunaikan waktu dah jadi kerajaan. 

“Tak kan tak tahu bagaimana ‘cekap’ mereka mengadu domba bangsa kita dan memecah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? Semuanya sudah jelas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here