Tentera perikatan belum berundur dari Yemen – Arab Saudi

0
71
Jeneral Turki al-Malki

DUBAI – Pasukan tentera perikatan pimpinan Arab Saudi di Yemen menafikan pihaknya sudah memulakan proses pengunduran dari negara itu.

Jurucakap pasukan perikatan, Jeneral Turki al-Malki memberitahu Reuters, berita pengunduran itu adalah tidak benar.

“Pergerakan dan penempatan semula anggota tentera dan peralatan mereka adalah berpandukan taktik pengoperasian.

“Perkara ini sentiasa dilakukan oleh semua pasukan tentera di seluruh dunia,” kata Jeneral Turki.

Pasukan tentera perikatan pimpinan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mula ditempatkan di Yemen sejak 2015 bagi memerangi puak Houthi.

Bagaimanapun, UAE telah mengecilkan skop penglibatan mereka dalam konflik tersebut sejak 2019.

Terdahulu, sumber keselamatan Yemen memberitahu Reuters, bahawa anggota tentera Arab Saudi telah berundur dari sebuah pangkalan utama di daerah Burayqah, Aden.

Kata sumber itu lagi, pihak tentera dilihat memindahkan kelengkapan artileri, dan anggota tentera menggunakan kapal di Pelabuhan Aden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here