TH lanjut tempoh pertukaran status akaun

0
101
Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelanjutan tempoh pertukaran status akaun kanak-kanak kepada dewasa dari 1 Disember ini kepada 1 Mei tahun depan.

Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan Menanggung Tugas Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd Wahab berkata, pelanjutan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada pendeposit yang masih memerlukan tempoh untuk penukaran status akaun.

“Penukaran akaun kanak-kanak ke akaun dewasa perlu dilaksanakan seperti yang termaktub dalam terma dan syarat pembukaan akaun TH, dengan penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun.

“Penjaga perlu menukar status akaun apabila kanak-kanak itu mencapai usia 18 tahun,” katanya.

Mohamed Ameen berkata, langkah penukaran berkenaan perlu dibuat bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri.

langkah penukaran berkenaan perlu dibuat bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan mengemaskini rekod maklumat serta biometrik pendeposit berusia 18 tahun.

“Bagaimanapun, TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran jika pendeposit gagal menukar status akaun pada 1 Mei tahun hadapan.

“Status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, pendeposit perlu memastikan akaun kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH.

“Manfaat yang diperoleh, termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen yang dijalankan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here