TH nasihat jangan terpedaya dengan tawaran dana tunai haji

0
54
Tabung Haji

CYBERJAYA – Orang ramai terutamanya pendeposit Tabung Haji dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam berkata, pihaknya ketika ada menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya tawaran dan untuk menyegerakan giliran haji.

“TH ada menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

“Sebarang pemilihan giliran haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, TH turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.

“Justeru, pihak TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji.

“Orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here