Tidak pernah bincang gabungan BN dan PN pada PRU-15

0
53
Datuk Seri Ahmad Maslan ketika melawat Pusat Media PRNMelaka hari ini.

MELAKA- Tiada sebarang perbincangan diadakan berhubung gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) jika kedua-dua gabungan itu tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, gabungan BN dan PN itu hanya merupakan dakwaan dan juga pandangan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sahaja.

“Itu terulang kepada pendangan dia (Khalid Samad…bagi pihak kita, tiada perbincangan tentang perkara tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat pusat media PRN Melaka di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid mendakwa kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Sabtu depan mungkin menyaksikan BN dan PN bekerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

UMNO sebelum ini menyuarakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, parti komponen utama dalam PN, pada PRU15. Ia adalah keputusan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi dan akar umbi parti itu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Mac lalu.

Keputusan BN bertanding secara solo pada PRN Melaka mengesahkan pendiriannya dalam perkara itu.

Tetapi, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menerusi sebuah forum dalam talian pada Rabu lalu meramalkan PN dan BN akan bekerjasama pada PRU15, jika PH memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here