Tidak Rasmi: BN peroleh 13 kerusi

0
32

MELAKA – Barisan Nasional (BN) semakin menghampiri majoriti mudah selepas menguasai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memenangi kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Rembia, Lendu, Taboh Naning, Machap Jaya, Gadek, Asahan, Ayer Molek, Rim dan Merlimau dan Durian Tunggal.

Terbaharu, calon BN di DUN Ayer Molek, Rahmad Mariman berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Datuk Muhammad Jailani Khamis turut berjaya mempertahankan kerusi di DUN Rembia.

Sementara itu, calon BN dari MIC, V.P. Shanmugam pula berjaya merampas kerusi DUN Gadek yang sebelum ini disandang oleh calon Pakatan Harapan (PH), G. Saminathan.

Parti bertanding hanya memerlukan 15 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri menerusi majoriti mudah.

Keputusan ini adalah setakat pukul 8.30 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here