Tidak wajar salahkan Anwar seorang

0
47
JESTIN RAJ SAVARIMUTHU

CYBERJAYA – Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh diletakkan pada satu individu sahaja, tetapi perlu dipikul oleh semua pihak dalam pakatan tersebut.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Jestin Raj Savarimuthu berkata, anggota komponen PH pada masa yang sama perlu bermuhasabah dan memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas ini.

“Pimpinan dan jentera PH yang bergerak dan bertindak secara kolektif dalam menghadapi PRN Melaka sewajarnya bersama-sama memikul tanggungjawab dan tidak menuding jari sesama sendiri,” katanya kepada portal Malaysia Gazette, hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas gabungan pakatan parti politik itu mengalami kekalahan pada PRN Melaka.

Chin Chen berkata, sudah tiba masa pembangkang meneroka hala tuju dan konsensus baru dan sekiranya gagal berbuat demikian, DAP perlu mempertimbangkan untuk keluar daripada PH.

Menurut Jestin, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila kenyataan sebegini keluar dari mulut seorang pemimpin muda DAP dan ia boleh menggugat muafakat dalam PH.

“Tolonglah bersikap matang, daripada terus tuding menuding kepada satu pihak baik kita cuba bangkit kembali, janganlah bila kita susah atau jatuh, hanya ada satu pihak dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan,” katanya lagi.

Jestin berkata, kepimpinan PH perlu kembali merangka strategi serta hala tuju baru dalam menghadapi cabaran politik mendatang, khususnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here