TUDM sahkan pesawat miliknya terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan

0
226
Gambar yang tular melibatkan kemalangan pesawat milik TUDM sebentar tadi

BUTTERWORTH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku satu insiden kejadian kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk milik TUDM pada pukul 10.07 malam semalam di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth.

Menurut TUDM dalam satu kenyataan, pihaknya kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu difahamkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk milik TUDM terhempas di Butterworth malam semalam.

Berita lanjut akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here