Vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun bermula tahun depan

0
19
Dianggarkan hampir 6 juta kanak-kanak di negara ini akan menerima vaksin.

CYBERJAYA – Pemberian vaksin Covid-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

“Pihak Pfizer juga dijangka mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada penghujung tahun ini kepada NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.

Menurut KKM, kerajaan kini dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi bagi golongan itu memandangkan formulasi yang digunakan berbeza daripada populasi dewasa, tertakluk kepada kelulusan NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Dijangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos,”kata kementerian itu.

Perkara itu dijelaskan bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang ingin tahu sama ada KKM berhasrat memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun serta jangkaan ia dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here