Varian baharu Covid-19 dinamakan sebagai Omicron, lebih bahaya daripada varian lain

0
95
Gambar hiasan

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan varian baharu Covid-19, B.1.1.529 sebagai Omicron dan diklasifikasikan sebagai varian membimbangkan (VOC).

Omicron diklasifikasi sebagai varian yang membimbangkan kerana mempunyai sejumlah besar mutasi dan beberapa mutasi ini mempunyai beberapa ciri yang membimbangkan.

Dalam pada itu, klasifikasi itu meletakkan Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan dalam kategori varian Covid-19 paling membimbangkan bersama-sama Delta, Alpha, Beta dan Gamma.

Menurut WHO, angka jangkitan di Afrika Selatan meningkat secara mendadak baru-baru ini sehingga mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

“Varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan antaranya sangat membimbangkan. Bukti premier menunjukkan varian ini kadar jangkitan semula yang lebih tingi berbanding VOC yang lain,” katanya semalam.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, Malaysia memutuskan untuk membuat sekatan sementara kepada semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Ia susulan penularan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here