[VIDEO] PH lancarkan Trak Harapan bagi bantu kempen PRN Melaka

0
59
Majlis pelancaran Trak Harapan disempurnakan oleh Anthony Loke (6 dari kiri) di Klebang, siang tadi.

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) siang tadi melancarkan Trak Harapan bagi membantu melancarkan kempen mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Majlis pelancaran trak itu disempurnakan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dalam satu majlis di Klebang.

Turut hadir, calon PH bagi N.24 Bemban, Tey Kok Kiew, dan calon N.16 Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Trak Harapan di PRN Melaka

Kehadiran trak yang dipasang dengan skrin led dan pembesar suara itu diharapkan dapat membantu jentera parti menyebarkan kempen mereka terutamanya ketika dalam fasa normal baharu ini.

Semalam, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan sebarang penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PRN Melaka.

Turut dilarang semasa PRN Melaka adalah kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra (walkabout) dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here