Wanita UMNO gesa 30 peratus kerusi Parlimen, DUN diberi kepada calon wanita

0
3
Datuk Norshida Ibrahim

CYBERJAYA – Wanita UMNO menggesa pucuk pimpinan parti itu agar menimbang untuk meletakkan 30 peratus wakil wanita sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 susulan keputusan memberangsangkan yang ditunjukkan oleh calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim, langkah itu juga berupaya untuk memastikan kemenangan yang lebih besar untuk Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti.

“Keyakinan pucuk pimpinan kepada wanita BN pada PRN kali ini telah diterjemah dengan empat daripada lima calon BN berjaya memenangi persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka baru-baru ini.

“Sebagai contoh Datuk Kaslom kita merampas kerusi yang sebelum ini disandang Datuk Norhizam Hassan Baktee atau terkenal dengan jolokan ‘YB Viral’ yang bertanding atas tiket Bebas bagi PRN kali ini.

“Keputusan itu nyata memberikan mesej yang jelas bahawa wanita juga mampu memenangi hati rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam PRN Melaka lalu, selain Kalsom, BN turut meletakkan empat calon wanita lain iaitu Datuk Khaidirah di DUN Rim, Siti Faizah Abdul Azis di Sungai Rambai, Tuminah Kadi di DUN Pantai Kundor dan Leong Hui Ying di Kesidang.

Khaidirah atau lebih dikenali sebagai Dira telah menawan DUN Rim dengan majoriti 1,874 undi; Siti Faizah pula membawa majoriti 1,137 undi di Sungai Rambai dan Tuminah memenangi DUN Pantai Kundor, membawa majoriti dengan 827 undi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here