Yadim terkejut ada banyak agensi agama terpalit rasuah

0
54
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan.

PUTRAJAYA- Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembabitan ‘orang agama’ daripada agensi kerajaan dengan kes rasuah adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku. 

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, beliau terkejut dengan pendedahan oleh SPRM  baru-baru ini, bahawa terdapat banyak kes rasuah membabitkan pegawai dan kakitangan agensi agama di seluruh negara.

Nasrudin berkata, agensi melibatkan keagamaan sepatutnya bersih daripada rasuah dan mencerminkan budaya Islam yang syumul.

“Bukan kecil jumlahnya, yang sepatutnya bersih daripada rasuah. Bila sebut terpalit tanpa perlu disebut berapa peratusannya cukup memalukan dan mengaibkan.

“Mungkin satu atau dua peratus tidak selayaknya dapat, kita yakin kena bagi komitmen supaya tidak ada sebarang keterlibatan dengan gelaja rasuah,” katanya ketika melancarkan kempen pencegahan rasuah YADIM semalam.

Tambah Nasrudin, lebih parah apabila aktiviti rasuah itu turut menyerap masuk di dalam kalangan orang-orang yang berpengetahuan agama.

Justeru itu, katanya, kerajaan harus mengambil tindakan segera sebelum ia jatuh dan merosakkan negara.

“Rasuah ini sudah tidak kenal mangsa kalau kita tidak berhati-hati. Statistik boleh rujuk SPRM, tetapi memang tidak boleh dipandang kecil dan sepatutnya negara kita yang majoritinya Islam, dan Perdana Menterinya Islam jadi budaya rasuah ini tidak berlaku,” katanya.

Ditanya sejauh mana serius gejala rasuah membabitkan agensi berkaitan agama, Nasrudin berkata, walaupun hanya satu peratus ian sudah boleh dianggap serius dan harus dibendung dengan segera.

“Gelaja rasuah ini tidak sepatutnya masuk dalam agensi agama, kalau pun ada satu peratus maknanya ia adalah perkara yang sangat serius.

“Di YADIM, kami sasarkan sifar budaya rasuah yang mana saya diberikan tanggungjawab untuk menjaga dan mengawalnya.

“Rasuah ini berlaku ini bukan bertolak daripada kejahatan dan kemahuan mereka tapi bertitik tolak daripada tidak memahami apa perkara yang mengakibatkan mereka terpalit kepada rasuah.

“Mungkin ada sebahagian yang menganggap terima hadiah itu adalah perkara biasa, tapi tergolong daripada perkara yang boleh menyebabkan rasuah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here