YB Norhisam turun mengundi naik skooter curi tumpuan

0
155
Norhizam Hassan

ALOR GAJAH – Ketibaan calon bebas DUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang bermotosikal di pusat mengundi pada pagi ini mencuri tumpuan orang ramai dan para media.

Norhizam yang membuang undi di Sekolah Rendah Agama JAIM Taman Datuk Thamby Chik Karim di sini tiba pada pukul 9.10 pagi tadi.

Beliau yang menunggang skuter Suzuki bewarna hitam sempat beramah mesra dengan orang ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

Pada PRN Melaka yang berlangsung hari ini, Norhizam menghadapi saingan empat penjuru daripada calon DAP Danish Zainudin, calon UMNO Datuk Kalsom Nordin dan seorang calon daripada Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas, Norhizam yang bertanding atas tiket DAP, menang dengan majoriti 2,756 undi menewaskan Chua Lian Chye (Barisan Nasional) dan Ramli Dalip (PAS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here