YPM sumbang bantuan RM70,000 kepada UKM

0
9
Mohd. Nizar (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan YPM kepada Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim mewakili UKM sempena Program Semarak Ilmu, Seksyen Pendidikan Tertiari YPM di sini baru-baru ini.

BANGI – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyumbang bantuan bernilai RM70,000 kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menampung pembiayaan pelajar kategori asnaf dan B40.

Bantuan itu merupakan kerjasama melalui Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, UKM.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin dalam kenyataannya berkata, YPM
menyerahkan sumbangan bantuan berupa set barangan makanan dan bantuan tunai dengan jumlah keseluruhan RM10,000 kepada 100 orang pelajar dan sumbangan Pendidikan YPM bernilai RM60,000 kepada 15 pelajar UKM melalui Program Semarak Ilmu, Seksyen Pendidikan Tertiari YPM.

“YPM terpanggil untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar B40 di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP), yang mana kita telah kenal pasti lebih kurang 100 pelajar daripada dari golongan ini yang terkesan akibat daripada pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Inisiatif ini adalah kerjasama YPM bersama Maybank Islamic Berhad adalah bagi menampung pembiayaan pelajar dalam kategori asnaf dan B40.

Menurut Mohd. Nizar, skim SDEP YPM diwujudkan bagi menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk antaranya bantuan kewangan, barangan keperluan pembelajaran, kelengkapan pengajian dan lain-lain kepada pelajar B40 dan pelajar kurang berkemampuan.

Ujarnya, sehingga Oktober lalu, seramai 1,003 orang pelajar dari seluruh negara telah menerima manfaat di bawah SDEP dengan jumlah bantuan sebanyak RM373,736.10 termasuk bantuan hari ini.

Bantuan sumbangan itu diserahkan oleh Mohd. Nizar kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UKM, Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim.

Turut serta, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan, Pengurus Kanan Pembangunan Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here