10,000 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di KLCC

0
129


Ruang pameran Kementerian Sumber Manusia di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC.

KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 jawatan kosong atau peluang pekerjaan di sediakan di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di Pudat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Karnival pekerjaan anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iru dianjurkan sempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Karnival Kerjaya Keluara Malaysia itu terbuka kepada orang ramai.

Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed

Beliau berkata, terdapr sekurang-kurangnya 50 majikan dari pelbagai sektor dan industri yang mengambil bahagian dalam aktiviti temu duga secara bersemuka.

“Di Karnival ini juga, kita bakal melancarkan 61 buah Pusat Satelit MYFutureJobs yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Disember (esok),” katanya.

Antara pengunjung Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini

Selain sesi temu duga katanya, , antara perkhidmatan pekerjaan lain disediakan ialah bantuan pendaftaran ke Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs, bengkel penyediaan resume, taklimat kerjaya dan bimbingan carian pekerjaan secara percuma oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO. 

Untuk sertai karnival ini, boleh buat pendaftaran menerusi pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair atau hubungi nombor hotline pendaftaran PERKESO di talian 019-250 3565 / 019-607 9532 / 019-607 8905.

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia diadakan selama emoat hari bermula hari ini sehingga 12 Disember bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here