11 stesen pemindahan sampah sementara percepatkan pembersihan kawasan banjir

0
4
Kerajaan Negeri Selangor kini memberi tumpuan kepada aspek pembersihan kawasan penempatan dan kediaman mangsa banjir.

DENGKIL – Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan 11 buah Stesen Pemindahan Sampah (SPS) bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan di kawasan penempatan penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain memendekkan jangka masa untuk membawa keluar sampah dari kawasan mangsa banjir, operasi SPS itu juga mengelakkan kesesakan di pusat pengumpulan sampah pada ketika ini.

Katanya, antara kawasan yang dilengkapi kemudahan itu ketika ini adalah di Sepang, Klang dan tiga di daerah Hulu Langat.

“Dengan adanya SPS, lori-lori pembersihan akan mempunyai jangka masa yang lebih pendek membawa keluar sampah.

“Jika tidak, mereka memerlukan lebih sejam dan ini akan melambatkan proses pembersihan secara keseluruhan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Amiruddin Shari semasa melawat tapak pembaikan Jambatan Dengkil yang terputus akibat hakisan dalam kejadian banjir pada 17 Disember lalu.

Pada kunjungan itu Amiruddin melawat projek pembaikan Jambatan Dengkil yang terputus akibat hakisan sejak 17 Disember lalu.

Amirudin berkata, keperluan kemudahan itu dipertimbangkan selepas mengambil kira faktor jarak dan kesesakan yang berlaku di kawasan banjir.

“Keadaan lalu lintas di kawasan banjir seperti Shah Alam dan Hulu Langat misalnya memakan masa berjam-jam untuk sampah diangkut keluar.

“Ia menjadi lebih teruk pada hujung minggu kerana ramai orang masuk ke kawasan itu. Sebab itu di Hulu Langat kita ambil pendekatan menutup jalan pada pukul 8 hingga 10 pagi untuk membenarkan lori sampah sahaja masuk,” katanya.

Amirudin semalam mengumukan, kerajaan negeri setakat ini telah mengeluarkan lebih 13,00 tan sampah dari kawasan terjejas banjir dengan kos RM6 juta melalui anak syarikat, KDEB Waste Management  Sdn. Bhd. (KDEBWM). 

Minggu lalu, Malakat Tribune melaporkan kebimbangan mangsa-mangsa banjir mengenai lambakan sampah seperti perabot rosak, makanan dan pakaian di halaman rumah mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here