2,897 kes baharu dilaporkan hari ini

0
6
Petugas kesihatan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) ketika melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang penduduk warga emas Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin

CYBERJAYA – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini sedikit meningkat berbanding semalam apabila sebanyak 2,897 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  pertambahan itu menjadikan kumulatif kes di seluruh negara ketika ialah 2,746,833.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. 

Sementara itu, data COVIDNOW semalam merekodkan pertambahan 35 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,369 individu.
Jumlah itu juga termasuk enam kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here