30,980 mangsa banjir dipindahkan setakat pukul 6 petang tadi

0
25
Mangsa banjir di kawasan perumahan di Sungai Buloh dipindahkan malam tadi selepas rumah mereka ditengelami air ekoran hujan lebat.

CYBERJAYA- Sehingga pukul 6 petang tadi, terdapat sebanyak 30,930 mangsa banjir di lapan negeri di Semenanjung negara telah dipindahkan ke 347 pusat pemindahan sementara (PPS).

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, kesemua mangsa itu terdiri daripada 9,678 keluarga dengan Pahang menunjukkan mangsa banjir teramai setakat ini.

Menurut Info Bencana JKM, bilangan mangsa banjir di Pahang ketika ini meningkat kepada 14,743 individu berbanding sebanyak 4,074 individu pagi tadi yang kini berlindung di 192 PPS.

Sementara itu di Selangor, seramai 9,904 mangsa daripada 3,760 keluarga yang terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 68 PPS.

Selain itu, Kelantan (4,322 mangsa); Melaka (599 mangsa); Terengganu (286 mangsa), Perak (91 mangsa) Negeri Sembilan (459 mangsa) dan Kuala Lumpur ( 526 mangsa).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here